Wednesday 3 June 2015

TIPS: Bisnes Aiskrim Lembut (Business Soft Ice Cream) #1

Assalamualaikum,
Apa itu TIPS? Sila rujuk coretan lepas. Di sini saya ingin kongsikan kepentingan T dalam bisnes aiskrim. Tidak kira anda bisnes aiskrim apa sekali pun. T merujuk kepada TRAFFIC (Lalu Lintas). Anda perlu mengkaji terlebih dahulu kawasan yang anda minat untuk berniaga. Berapa ramai orang yang lalu di kawasan itu? Lagi ramai lagi bagus dan kita sasarkan 10% daripada jumlah itu membeli aiskrim daripada kita. MARKETING jangan dilupakan.

Seterusnya I merujuk kepada INVEST (melabur). Berapa banyak modal yang kita sanggup labur dalam perniagaan aiskrim. Boleh bermula dengan sekecil-kecil  modal (tanpa modal). Kepada yang ingin mengetahui rahsia bisnes aiskrim tanpa modal boleh menghubungi kami. Apabila kita melabur sudah pasti ingin mengetahui pulangannya. Begitu juga dengan bisnes aiskrim. Kita hendaklah mengira MARGIN keuntungan dan titik pulangan modal setiap bulan (BREAKEVEN).

P adalah PLACE (tempat). Lokasi perniagaan kita sangat penting. Jangan main terjah. Nampak sahaja tempat baru buka (contoh pasaraya) terus nak masuk buat aiskrim. Buat kira-kira dulu. Sewa berapa, berapa orang pekerja, margin macam mana, breakeven perlu berapa sehari dan lain-lain. Lokasi kita nanti laluan utama atau tidak. Hendak lebih lanjut hubungi kami SEGERA.

S untuk SELF (buat sendiri dulu). Kenapa perlu buat sendiri? Kenapa tidak terus ambil pekerja? Untuk menjadi pakar semestinya anda perlu ada pengalaman dan pengalaman perlukan anda lakukannya sendiri. Sebarang masalah berkenaan mesin atau aiskrim mudah untuk anda selesaikan. Dah ada pengalaman senang nak list DO and DONT then boleh passdown kepada pekerja.


Seberang pertanyaan mengenai bisnes aiskrim lembut boleh berhubung dengan saya.

Syahrul Aiskrim Laguna
0134806887