Saturday 20 February 2016

Berminat dengan Bisnes Aiskrim Colek

Assalamualaikum/Salam sejahtera,
Pelbagai persoalan dari pelusuk negeri bertanya mengenai bisnes aiskrim. Alhamdulillah kami berkongsi segala pengalaman bisnes aiskrim yang ada.

Kenapa bisnes aiskrim colek?
Pertama: Mudah
Kedua: Modal
Ketiga: Menguntungkan

Ramai orang nak bisnes aiskrim dan fikir nak buat sendiri. Rata-rata tanya bila saya nak buat kelas aiskrim. Di sini saya sarankan tidak perlu fikir nak buat sendiri. Adakah Tony Fernandes seorang PILOT? Adakah Tony Fernandes belajar jadi PILOT kemudian mengasaskan AIRASIA?

Dalam bisnes apa sekalipun tidak semestinya kita pandai buat baru boleh bisnes. Yang paling penting ILMU perniagaan. Kita perlukan Impian, Tindakan, Sistem, Ilmu dan GURU.

Mudah?
Kembali kepada bisnes aiskrim colek. Mudahnya bisnes aiskrim colek disebabkan tidak perlu mesin aiskrim dan generator (sumber elektrik). Sudah tentu modal permulaannya rendah tetapi pulangan tetap lumayan.

Modal?
Bisnes aiskrim colek tidak perlu mesin, sumber elektrik dan kenderaan yang besar (motosikal susah memadai). Modal hanya perlu untuk Tong Aiskrim (sekitar RM1000) dan payung sekiranya perlu. Kenderaan yang anda ada sudah boleh memulakan bisnes aiskrim colek untuk yang berminat bisnes aiskrim bergerak (MOBILE ICE CREAM BIZ).

Menguntungkan?
Faktor keuntungan adalah subjektif. Bergantung kepada kreativiti masing-masing. Lagi kreatif lagi untung.

Kepada yang berminat bisnes aiskrim boleh hubungi kami. In sya Allah kami bantu. Semoga Anda Berjaya.

0134806887
Syahrul Aiskrim Laguna