Monday 23 May 2016

Mesin aiskrim untuk bisnes aiskrim part#2

Assalamualaikum,
Kita sambung mesin aiskrim untuk bisnes aiskrim part#2 iaitu mesin aiskrim lembut @ soft ice cream machine. Mesin aiskrim lembut ni banyak jenis. Kita permudahkan dengan bahagi kepada dua iaitu Basic dan  Medium.

Mesin Aiskrim Lebut (Basic)
Kapasiti: 150pcs-200pcs untuk sejam
Ouptut: Aiskrim Lembut
Keuntungan/Margin: 63%

Mesin Aiskrim Lembut (Medium)
Kapasiti: 200pcs-250pcs untuk sejam
Output: Aiskrim Lebih Lembut dan Lebih Gebu
Keuntungan/Margin: 70%-74%

Mesin aiskrim ni ada specnya tersendiri. Bergantung kepada keperluan kita untuk memilih spec yang sepatutnya. Saya bagi sedikit perumpamaan.

Contoh:
Kita ada dua buah kereta kancil (660 dan 850). Isi minyak rm10 setiap kereta di stesen petrol yg sama. Bahan bakar yang sama tapi jarak perjalanan berbeza dan keselesaan juga berbeza.

Sama seperti mesin aiskrim. Kita guna bahan yang sama dan mesin yang berlainan maka rasa akan ada perbezaan dari segi struktur dan kehalusan aiskrim tu.

Sebarang maklumat lanjut mengenai mesin aiskrim dan bisnes aiskrim segera hubungi saya (whatsapp pun boleh).

0134806887
Syahrul Aiskrim Laguna

Wednesday 18 May 2016

Mesin aiskrim untuk bisnes aiskrim part#1

Assalamualaikum,
Rasaya dah lama tak berkongsi di sini.

Part#1: Bagaimana memilih mesin aiskrim?
Apa itu mesin aiskrim? Mesin aiskrim adalah mesin yang digunakan untuk menghasilkan aiskrim bergantung kepada jenis aiskrim yang kita kehendaki seperti mesin aiskrim colek, mesin aiskrim lembut, mesin aiskrim gulung dan lain-lain.

Soalan yang pertama: Bisnes aiskrim yang mana kita nak buat?
1. Aiskrim Colek
2. Aiskrim Lembut (soft ice cream)
3. Aiskrim Gulung

Mesin aiskrim colek:
Ada 2 jenis mesin aiskrim untuk permulaan.
i. Mesin mengunakan motor dan ais
ii. Mesin mengunakan  motor dan kompressor

Mesin yang menggunakan motor dan ais harga dalam lingkungan harga rm2500.  Mungkin ada yang lebih murah dan lebih mahal bergantung kepada kualiti mesin. Mahal tidak semestinya elok dan murah biasanya kurang kualiti (low quality). Oleh itu bergantung kepada budget kita dan kualiti yang kita nak. Kalau tanya saya. Kualiti penting sebab tak mau mesin kerap breakdown atau tak dapat hasilkan kualiti produk.

Mesin yang menggunakan motor dan kompressor biasanya berharga rm13000. Heavy duty dan boleh hasilkan kuantiti aiskrim yang banyak dalam masa yg singkat. Mesin jenis ni menghasilkan kualiti aiskrim yang lebih baik kerana mempunyai kompressor bagi mengawal suhu dalam penghasilkan aiskrim. Penggunaan elektrik bergantung kepada jenis mesin (medium power or high power). High power more quantity.

Sebarang maklumat lanjut boleh terus menghubungi kami di Aiskrim Laguna sama ada mengenai mesin aiskrim atau bisnes aiskrim. In sya Allah kami bantu dan berkongsi maklumat. Kita akan sambung lagi untuk jenis mesin yang seterusnya di masa akan datang. In sya Allah.

Syahrul Aiskrim Laguna
0134806887