Friday 17 June 2016

Mesin aiskrim untuk bisnes aiskrim part#3

Assalamualaikum,
Kita sambung mesin aiskrim untuk bisnes aiskrim part#3 iaitu mesin aiskrim gulung @ roll ice cream machine. Mesin aiskrim gulung ni kebiasaanya orang guna pan yang rata (flat pan) sebab senang nak gulung (easy to roll) tetapi kena pastikan cecair aiskrim (ice cream liquid) yang kita gunakan adalah yang tepat. Kalau tidak susah nak gulung kerana terlalu rapuh. Sebelum memilih mesin aiskrim gulung, kenal pasti jenis perniagaan yang akan dijalankan (mobile atau static) dan lokasi.

Mesin aiskrim gulung ada untuk indoor dan outdoor. Mesin yang kurang power (dalam lingkungan 800watt) adalah untuk indoor atau niaga waktu malam (pasar malam dan sebagainya). Sekiranya kita menggunakan mesin yang jenis ni di kawasan yang terbuka sudah pasti terdedah kepada haba (waktu siang) dan agak sukar untuk kita membuat aiskrim gulung (perlukan lebih masa untuk sejuk). Jadilah usahawan yang bijak. :)

Mesin aiskrim gulung outdoor kebiasaanya menggunakan 1100 watt ke atas bagi mempercepatkan proses pembekuaan dan stabil di kawasan yg terbuka. Sekiranya anda merancang untuk perniagaan mobile di mana kita boleh bergerak ke mana sahaja sudah pasti anda memerlukan mesin aiskrim gulung outdoor.

Sebarang pertanyaan mengenai mesin aiskrim, bisnes aiskrim dan bahan-bahan aiskrim boleh terus hubungi saya. In Sya Allah saya berkongsi pengalaman dan ilmu.

Syahrul Aiskrim Laguna
0134806887