Thursday 18 July 2019

Bisnes Aiskrim di rumah #part1

Assalamualaikum.

Boleh ka nak bisnes aiskrim di rumah? Modal berapa? Nak belajar buat aiskrim kat mana? Bermacam-macam soalan terlintas. Apa yang penting "Action" iaitu tindakan.

Kenapa nak buat bisnes aiskrim kat rumah? Masing-masing ada jawapannya. Bagi kami bisnes aiskrim di rumah sangat mudah dengan kos yang sangat minima. Banyak kos dapat dikurangkan seperti kos pengangkutan, kos perkerja, kos sewa kedai dan sebagainya. Sewa kedai lagi best sebenarnya, cuma untuk permulaan bagi yang tak berani untuk menyewa boleh bisnes aiskrim di rumah@kawasan berdekatan dengan rumah. Tambahan dengan masa yang sangat terhad setiap hari.

Masa sangat terhad untuk berbisnes especially yang bekerja. Oleh itu kami sarankan kepada yang baru nak start boleh cuba bisnes aiskrim di rumah dari jam 5petang - 7petang (2 jam ja pun). Tak rugi pun bagi sedikit komitmen untuk tahu sejauh mana potensi berniaga aiskrim di kawasan kejiranan kita. Satu lagi untuk menaikkan branding kita juga. In sya Allah mesti yang akan order untuk majlis-majlis seperti rumah terbuka, harijadi, perkahwinan dan sebagainya.

In sya Allah kami akan berkongsi lagi.

Part1:
1. KOS
2. MASA

Macam mana nak kira untung bisnes aiskrim di rumah? Boleh klik link di bawah

http://www.wasap.my/60134806887/carapengiraanbisnesaiskrim

Terima kasih


Thursday 14 March 2019

Resepi aiskrim

Assalamualaikum,

Resepi aiskrim yang paling mudah adalah menggunakan serbuk aiskrim (ice cream powder). Biasanya nak buat aiskrim atau kek mesti kena sedia bermacam-macam bahan untuk satu adunan. Sekarang ni sudah bayak premix untuk kek bagi memudahkan kita nak buat kek begitu juga dengan aiskrim. Resepi aiskrim menggunakan powder (premix) sangat mudah dengan hanya menambah air untuk aiskrim vanilla dan chocolate. Kalau nak buat special flavour contoh macam strawberry atau keladi, kita hanya perlu menambah pewarna dan color yg bersesuaian.

Cara penyediaan resepi aiskrim mudah:
1. Sediakan 2 liter air (air yang di tapis)
2. Masukkan satu 1 packet serbuk aiskrim ke dalam air dan kacau
3. Kacau sehingga sebati dan pastikan semua bahan larut dalam air
4. Biarkan dalam tempoh 15minit
5. Masukkan dalam mesin aiskrim

Video proses aiskrim (homemade):
Part#1
Part#2