Tuesday 21 November 2017

Bisnes Aiskrim Tambah Pendapatan #01

Assalamualaikum,
Semoga anda semua dirahmati dan diberkati Allah S.W.T. Semoga Allah permudahlan segala urusan dan rezeki anda semua. Sudah lama saya tidak berkongsi. Alhamdulillah diberi kesempatan masa untuk menulis di sini.

Tahun 2017 sudah hampir penghujung. Sudah tentu banyak cabaran yang dilalui sama ada senang atau susah. Bagaimana sasaran tahun 2018? Di mana kita pada tahun 2018? Bagaimana hendak menghadapi cabaran kenaikan harga? Adakah kita bersedia menghadapinya?

Pasti ramai yang mencari-cari bagaimana menambah pendapatan. Banyak jalan yang anda boleh buat untuk tambah pendapatan. Cuma di sini saya nak kongsikan menambah pendapatan dengan bisnes aiskrim. Mudahnya bisnes aiskrim untuk tambah pendapatan adalah kerana anda boleh bermula dengan modal yang sangat minima dan lokasi yang mudah.

1. Berniga di rumah
2. Berniaga di taman-taman
3. Berniaga di pasar-pasar hari/malam
4. Lain-lain

Berniaga di rumah??? Kalau anda tinggal di rumah taman yang ramai penduduk sudah pasti peluang anda menambah pendapatan dalam bisnes aiskrim sangat tinggi tetapi kena banci bilangan kanak-kanak sebab kanak-kanak ini suka dengan aiskrim. Kenapa berniaga di rumah? In sya Allah nanti kita kongsi lagi. 

Sebarang pertanya boleh terus menghubungi kami. In sya Allah kita bantu.

Terima kasih.
Syahrul Pembekal Aiskrim Laguna
0134806887

Friday 11 August 2017

Bisnes aiskrim mudah dan murah

Assalamualaikum,
Sudah lama saya tidak menulis di sini. In sya Allah hari ini kita berkongsi sedikit ilmu bisnes aiskrim. Semoga perkongsian ILMU diberkati Allah. Kita berkongsi dengan soalan.

1. Kenapa berniaga aiskrim ( bisnes aiskrim )?
    - Bagi saya bisnes aiskrim ni mudah dan murah.
    - Risiko sangat-sangat rendah
    - Boleh niaga di mana-mana shj asalkan MARKETING kena POWER.

2. Macam mana hendak buat aiskrim?
    Saya selalu dapat soalan ni.
        - Encik ada buat kelas aiskrim?
        - Siapa yang boleh saya hubungi untuk belajar buat aiskrim?
        - Bahan apa yang perlu saya tambah untuk pastikan aiskrim lebih lembut?

Ulasan: Ramai orang kita suka sangat hendak jadi pengeluar/pengilang. Bagi saya menjual adalah lebih baik dari membuat. Kita hendaklah pilih sama ada hendak menjual aiskrim atau hendak menjadi pengeluar aiskrim. Take your role and responsibility.

Penjual: Ambik produk dari pengeluar dan pasarkan.
Pengeluar: Pastikan menghasilkan produk yang berkualiti dan support penjual.

3. Harga jualan aiskrim mcm mana?
Harga jualan bergantung kepada sesuatu kawasan. Kita ambik contoh harga rumah di Penang tidak sama dengan harga rumah di Kedah macam tu juga dengan aiskrim. Kita survey market berapa lingkungan (range) harga aiskrim di kawasan kita dan kalau boleh harga kita in the middle. Aiskrim ni ada yang biasa dan ada yang premium. Kalau yang premium sudah semestinya harga lebih tinggi dari aiskrim biasa.

Sekian dulu untuk kali ini. In sya Allah kita berkongi lagi. Yang baik itu dari Allah dan yang kurang itu dari kelemahan diri sendiri. Semoga bermanfaat. Sebarang persoalan boleh terus hubungi kami di talian.

0134806887
Syahrul Aiskrim Laguna
Peneraju Bisnes Aiskrim