Tuesday 21 November 2017

Bisnes Aiskrim Tambah Pendapatan #01

Assalamualaikum,
Semoga anda semua dirahmati dan diberkati Allah S.W.T. Semoga Allah permudahlan segala urusan dan rezeki anda semua. Sudah lama saya tidak berkongsi. Alhamdulillah diberi kesempatan masa untuk menulis di sini.

Tahun 2017 sudah hampir penghujung. Sudah tentu banyak cabaran yang dilalui sama ada senang atau susah. Bagaimana sasaran tahun 2018? Di mana kita pada tahun 2018? Bagaimana hendak menghadapi cabaran kenaikan harga? Adakah kita bersedia menghadapinya?

Pasti ramai yang mencari-cari bagaimana menambah pendapatan. Banyak jalan yang anda boleh buat untuk tambah pendapatan. Cuma di sini saya nak kongsikan menambah pendapatan dengan bisnes aiskrim. Mudahnya bisnes aiskrim untuk tambah pendapatan adalah kerana anda boleh bermula dengan modal yang sangat minima dan lokasi yang mudah.

1. Berniga di rumah
2. Berniaga di taman-taman
3. Berniaga di pasar-pasar hari/malam
4. Lain-lain

Berniaga di rumah??? Kalau anda tinggal di rumah taman yang ramai penduduk sudah pasti peluang anda menambah pendapatan dalam bisnes aiskrim sangat tinggi tetapi kena banci bilangan kanak-kanak sebab kanak-kanak ini suka dengan aiskrim. Kenapa berniaga di rumah? In sya Allah nanti kita kongsi lagi. 

Sebarang pertanya boleh terus menghubungi kami. In sya Allah kita bantu.

Terima kasih.
Syahrul Pembekal Aiskrim Laguna
0134806887

No comments:

Post a Comment